Monday, July 22, 2013

kanak-kanak makin kurang ajar. sebabnya?

ragam manusia macam macam. 
sekarang nie aku rasa perangai kanak-kanak makin kurang ajar. kurang diajar or sebagainya aku  sendiripun tak pasti. aku belum memegang title isteri apatah lagi title seorang ibu.
senario kurang ajar di kalangan kanak-kanak.
adakah disebabkan faktor ibu bapa dewasa ini yang tiada masa mengajar anak-anak mereka akan kelakuan yang betul? ibu bapa yang sibuk bekerja.yang mementingkan kerjaya.atau ibu bapa yang sibuk disebabkan memenuhi keperluan duniawi mereka? bersaing untuk menjadi insan yang mempunyai nilai kemewahan yang tinggi? yang mampu membeli apa sahaja menggunakan duit hasil peluh mereka? arghh.aku tak pasti.
atau.
ibu bapa yang terlalu memanjakan anak mereka. sehingga tidak berani langsung menyentuh atau menegur walau sedikit pun akan kesalahan anak-anak mereka? 
arghhh betapa ruginya mereka.seharusnya mereka mendidik anak-anak dengan kelakuan yang sebetulnya.menunjukkan kepada mereka akan kelakuan yang baik. 

jika ibu bapa yang mementingkan nilai-nilai murni
pasti tiada anak-anak mereka yang akan meninggikan suara kepada mereka juga orang di sekeliling mereka
pasti tiada anak-anak yang selalu merengek mahukan sesuatu

semoga aku dikalangan orang yang baik untuk mendidik generasi yang akan datang.

jom berterawih.
salam

Saturday, July 20, 2013

aku harus positif

kadang-kadang, aku rasa diri aku nie banyak sangat kekurangan. banyak sangat kelemahan. berbanding dengan orang lain. banyak sangat perbezaannya. orang lain banyak sangat kelebihannya.

oh TUHAN!

maafkan aku atas segala kekhilafanku. kutahu aku tak patot untuk mempersoalkannya. aku tahu ini takdir atas diriku.

ku yakin tuhan.
ku yakin atas kelemahan dan kekurangan pada diriku. pasti ada hikmah di sebaliknya. pasti ada kelebihan atas kekurangan yang ada pada diriku.

TUHAN.
jadikan aku seorang yang sentiasa berpikiran positif.
yang sentiasa istiqamah akan suruhanMU tuhan.
jauhkan aku daripada sifat-sifat yang buruk.

amin...

Friday, July 5, 2013

emosi

aku mengaku yang aku seorang perempuan yang penuh dengan emosi.
disebabkan hormon mungkin.
aku kurang pasti gak kenapa.

malam nie aku rasa tahap emosi tue meningkat
takdapat dikawal buat sementara waktu
oh budak budak
bagi aku tak patot tak dimarahi, tak patot tak bertegas
arghh!

prinsip aku
kesenangan bukan senang-senang dapat dikecapi
kesusahan harus terlebih dahulu dilalui
mungkin disebabkan aku pernah merasai kesusahan
dan sangat menghargai saat-saat kesenangan
alhamdulillah
Tuhan kurniakan kesempatan dan peluang untuk aku merasainya

aku bukanlah seorang yang panas baran
tapi kadang-kadang terpanas baran
pelbagai ragam
pelbagai perangai

tulah lumrah kehidupan.