Monday, July 22, 2013

kanak-kanak makin kurang ajar. sebabnya?

ragam manusia macam macam. 
sekarang nie aku rasa perangai kanak-kanak makin kurang ajar. kurang diajar or sebagainya aku  sendiripun tak pasti. aku belum memegang title isteri apatah lagi title seorang ibu.
senario kurang ajar di kalangan kanak-kanak.
adakah disebabkan faktor ibu bapa dewasa ini yang tiada masa mengajar anak-anak mereka akan kelakuan yang betul? ibu bapa yang sibuk bekerja.yang mementingkan kerjaya.atau ibu bapa yang sibuk disebabkan memenuhi keperluan duniawi mereka? bersaing untuk menjadi insan yang mempunyai nilai kemewahan yang tinggi? yang mampu membeli apa sahaja menggunakan duit hasil peluh mereka? arghh.aku tak pasti.
atau.
ibu bapa yang terlalu memanjakan anak mereka. sehingga tidak berani langsung menyentuh atau menegur walau sedikit pun akan kesalahan anak-anak mereka? 
arghhh betapa ruginya mereka.seharusnya mereka mendidik anak-anak dengan kelakuan yang sebetulnya.menunjukkan kepada mereka akan kelakuan yang baik. 

jika ibu bapa yang mementingkan nilai-nilai murni
pasti tiada anak-anak mereka yang akan meninggikan suara kepada mereka juga orang di sekeliling mereka
pasti tiada anak-anak yang selalu merengek mahukan sesuatu

semoga aku dikalangan orang yang baik untuk mendidik generasi yang akan datang.

jom berterawih.
salam

No comments:

Post a Comment