Wednesday, October 30, 2013

semua lelaki sama??

Alkisahnya. Aku mempunyai seorang kawan lelaki yang aku gelarkannya sebagai Zack. Di ofis, Zack sangat terkenal sebagai seorang yang suka loyar buruk dalam kalangan kami. Ada saja perkara yang dia akan putar belitkan bila bersembang dengan dia.

Semalam. Kami bersembang mengenai bakal pasangan masing-masing. Si Zack akan melangsungkan perkahwinan pertamanya(haha..) pada akhir tahun ni. Hanya aku seorang saja dalam ofis tu yang tahu dia akan menjadi raja sehari tak lama lagi. So bersembanglah kami akan masa depan masing-masing. Aku yang masih tiada arah tuju ke arah gerbang perkahwinan. Dan zack pula bercerita mengenai persediaan dia untuk hari bahagianya.

sembang dan terus bersembang....

Tibalah masa dia dengan peragai dia yang suka loyar buruk.haha. sehinggakan aku terkeluar statemaent "semua lelaki sama" saje. tue pun aku cakap melalui observation aku. haha. dah kahwin tapi taknak mengaku dah kahwin. dah ada makwe tapi tak ngaku ada makwe(eh..eh) hehe

Sampailah ke arini isu lelaki tue sama jer belarutan hingga ke hari nie.

Sebelum balik keje tadi. Once again aku kuar kan statement yang semua lelaki same jer

tiba..tibaa......

Muncul si bos yang tegas lagi cerewet...

"sapa yang cakap macam tue????"(dengan nada ketawa)

Ohmaiigoddd!!!!!!

Sentap aku. Merah muka menahan malu.

Hahahaa. Nie salah zack lah nie bosss


Bos cakap "cakap siang hari pandang-pandang.."

hahahaaaaa.satu ofis gelakkan aku hari ini............................................

malu malu dan malu.


hahahahahhaaaaa

Sunday, October 27, 2013

hanya padamu

alhamdulillah
tuhan masih mmberi nyawa ini untukku
untuk terus bernafas di alam ini..
syukur..

macam-macam berlaku dalam hidup
kadang-kadang begitu senang untuk aku bercerita
kadang-kadang begitu sukar untuk aku luahkan
arghhh
hanya mampu aku jeritkannya di dalam hati ini

oh tuhan
cekalkan hati aku
tabahkan hati aku
sucikan hati aku
bersihkan hati aku
lembutkan hati aku
oh tuhan
sesungguhnya aku hanya manusia yang jahil
yang begitu rendah kedudukanku disisimu
tuhan
tolong aku tuhan
hanya padamu ku berserah......

ampunkan dosaku
ampunkan segala kekhilafanku

..amin...

Monday, July 22, 2013

kanak-kanak makin kurang ajar. sebabnya?

ragam manusia macam macam. 
sekarang nie aku rasa perangai kanak-kanak makin kurang ajar. kurang diajar or sebagainya aku  sendiripun tak pasti. aku belum memegang title isteri apatah lagi title seorang ibu.
senario kurang ajar di kalangan kanak-kanak.
adakah disebabkan faktor ibu bapa dewasa ini yang tiada masa mengajar anak-anak mereka akan kelakuan yang betul? ibu bapa yang sibuk bekerja.yang mementingkan kerjaya.atau ibu bapa yang sibuk disebabkan memenuhi keperluan duniawi mereka? bersaing untuk menjadi insan yang mempunyai nilai kemewahan yang tinggi? yang mampu membeli apa sahaja menggunakan duit hasil peluh mereka? arghh.aku tak pasti.
atau.
ibu bapa yang terlalu memanjakan anak mereka. sehingga tidak berani langsung menyentuh atau menegur walau sedikit pun akan kesalahan anak-anak mereka? 
arghhh betapa ruginya mereka.seharusnya mereka mendidik anak-anak dengan kelakuan yang sebetulnya.menunjukkan kepada mereka akan kelakuan yang baik. 

jika ibu bapa yang mementingkan nilai-nilai murni
pasti tiada anak-anak mereka yang akan meninggikan suara kepada mereka juga orang di sekeliling mereka
pasti tiada anak-anak yang selalu merengek mahukan sesuatu

semoga aku dikalangan orang yang baik untuk mendidik generasi yang akan datang.

jom berterawih.
salam

Saturday, July 20, 2013

aku harus positif

kadang-kadang, aku rasa diri aku nie banyak sangat kekurangan. banyak sangat kelemahan. berbanding dengan orang lain. banyak sangat perbezaannya. orang lain banyak sangat kelebihannya.

oh TUHAN!

maafkan aku atas segala kekhilafanku. kutahu aku tak patot untuk mempersoalkannya. aku tahu ini takdir atas diriku.

ku yakin tuhan.
ku yakin atas kelemahan dan kekurangan pada diriku. pasti ada hikmah di sebaliknya. pasti ada kelebihan atas kekurangan yang ada pada diriku.

TUHAN.
jadikan aku seorang yang sentiasa berpikiran positif.
yang sentiasa istiqamah akan suruhanMU tuhan.
jauhkan aku daripada sifat-sifat yang buruk.

amin...

Friday, July 5, 2013

emosi

aku mengaku yang aku seorang perempuan yang penuh dengan emosi.
disebabkan hormon mungkin.
aku kurang pasti gak kenapa.

malam nie aku rasa tahap emosi tue meningkat
takdapat dikawal buat sementara waktu
oh budak budak
bagi aku tak patot tak dimarahi, tak patot tak bertegas
arghh!

prinsip aku
kesenangan bukan senang-senang dapat dikecapi
kesusahan harus terlebih dahulu dilalui
mungkin disebabkan aku pernah merasai kesusahan
dan sangat menghargai saat-saat kesenangan
alhamdulillah
Tuhan kurniakan kesempatan dan peluang untuk aku merasainya

aku bukanlah seorang yang panas baran
tapi kadang-kadang terpanas baran
pelbagai ragam
pelbagai perangai

tulah lumrah kehidupan.


Saturday, June 29, 2013

aku memulakan hidup ini lebih dua puluh tahun yang lepas.
susah dan senang dalam kehidupan telah kutempuhi.
belajar daripada satu perkara ke satu perkara.
daripada aku takmampu untuk berfikir sendiri sehingga kini aku telah mampu untuk berfikir.

aku seorang insan biasa.
yang punya hati dan perasaan.
kadang-kadang ku rasakan dunia ini tidak adil
tapi aku perlu berfikiran waras
dunia ini hak milik ALLAH
DIA yang maha berkuasa
itu semua ketentuanNYA

redha.

oh TUHAN
tolong aku untuk menjadi seorang manusia yang berguna
tolong aku menjadi seorang yang istiqamah
tolong aku tuhan
dalam segala perkara..............